Warna-warni Kehidupan

KEHIDUPAN

Indahnya Aturan ALLAH….

Begitulah hidup kita. Segala yang kita jalani dalam hidup ini telah diaturkan oleh ALLAH, sejak azali lagi. Kita harus sedar bahawa hidup ini hanya sementara dan pinjaman buat kita. Janganlah kita hanyut dengan kefanaan dunia tanpa menghiraukan kebahagaiaan yang kekal abadi di akhirat sana. Kita harus ingat 5 perkara sebelum 5 perkara ; sihat sebelum sakit, muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit, dan hidup sebelum mati. Marilah kita sama-sama muhasabah diri kita yang kerdil lagi hina di sisi ALLAH ini, di samping meningkatkan kualiti diri untuk menghadap ALLAH yang MAHA ESA suatu saat nanti.

Walaubagaimanapun, kita perlu sama-sama menghayati warna-warni kehidupan yang kita lalui saban hari supaya kita dapat mengambil pengajaran di atas apa yang telah berlaku. Jadikan hari ini lebih baik daripada hari semalam, itulah yang membezakan kita sebagai seorang muslim dan muslimah yang cemerlang. Dan ingatlah, kehidupan kita di muka bumi ini adalah untuk mencapai matlamat nan satu, iaitu mencari keredhaan ALLAH dalam setiap apa yang kita lakukan(seeking 4 mardhatillah).INSYAALLAH~

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.