Kenali Diri
seeking 4 mardhatillah~
Assalamualaikum w.b.t kepada sahabat-sahabiah yang sudi melawat blog hasil nukilan saya ini. Saya, Nurul Husna Binti Abd Hamid. Dilahirkan dan dibesarkan sepenuhnya di Negeri Sembilan. Mendapat pendidikan awal di Sek. Keb. Jelai 1 dari tahun 1997 sehingga 1999. Selepas itu menyambung persekolahan Tahun 4 hingga Tahun 6 di Sek. Keb. Bandar Baru Serting. Pengajian menengah saya diteruskan di bumi tarbiyah, SMKA SHAMS tercinta. Kini, Saya menuntut di CFSIIUM Kampus Nilai dalam jurusan Ekonomi dan Sains Pengurusan. InsyaALLAH, bercita-cita untuk menjadi seorang akauntan muslimah yang dapat menyumbang terhadap pengukuhan ekonomi negara-negara Islam. Blog yang saya hasilkan ini bertujuan untuk mengasah minat menulis di samping ingin berkongsi input-input yang pelbagai yang berkait rapat dengan kehidupan kita sebagai khalifah di muka bumi ALLAH ini, insyaALLAH. Semoga kita sama-sama mendapat manfaat dunia dan akhirat…

aireensamirah berkata,
31 Disember 2008 @ 2:36 AM
welcome to da world of blogger!
afnan berkata,
7 Februari 2009 @ 2:51 PM
Bagus menjadi seorang blogger…..
ust nizam skbbs berkata,
8 Julai 2009 @ 2:11 AM
Assalammualaikum… tahniah..teruskan perjuangan dan teruskan usaha mengejar cita-cita menjadi akauntan yang berjaya …