Arkib bagi Februari, 2009

.:Muhasabah Cinta:.

~Muhasabah buat diriku…

~Kuatkanlah hamba-Mu ini, ya Allah…

~Pinjamkan semula kekuatan-Mu pada hamba yang hina ini…

Wahai… Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan… Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Reff. :
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi….
Muhasabah cintaku…

Tuhan… Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Komen (2) »

EPISOD 5~::Kembalikan Semangatku::~

Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkannya hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman,” dan mereka tidak diuji?

Dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta. (Al-Ankabut: 2-3)

“Along, dah pg masjid ke? nak pg same2 blh?” Itulah mesej yang saya terima dari seorang insan yang bernama sahabat, Zuhaira. Memang dah lama sangat tak duduk makan, berborak sekali dengan Zu, atas kesibukan kerja. Rindu yang teramat sangat. Saya pun memang niat nak pergi sekali dengan Zu. Indahnya dapat hadir ke majlis ilmu yang saya kira insyaALLAH dapat memberi banyak ilmu baru berkenaan aqidah salafiah wahabiah. Jangan salah tafsirkan maksud kata-kata saya tadi. Maksud saya penting untuk mendalami ilmu sebegini supaya kita dapat berjaga-jaga agar aqidah kita yang satu sentiasa terpelihara. Sewaktu baru nak memulakan bicara dengan Zu, tiba-tiba tertera ‘Luvly Mom’ di skrin telefon saya. Dengan excitednya saya menjawab panggilan mak. Soalan biasa yang akan saya tanya, biasalah, “mak abah sihat?”. Memang saya tak dapat meneka apakah tujuan mak menelefon saya waktu itu. Agak lama mak diam tanpa berkata apa-apa. Saya dapat rasakan sesuatu yang tak kena. Tiba-tiba mak bersuara dengan suara yang agak tinggi. Bagi saya bukanlah marah, tapi tegas. Mak memulakan bicara dengan kata-katanya “mak nak pesan ni…”

“Nurul jangan lagi keluar sorang-sorang. Tau tak bahaya? Awak tu perempuan. Lagi-lagi sekarang ni banyak berita-berita tak elok. Mak tak nak cakap, kalau mak cakap, itu doa mak untuk Nurul. Tapi mak cakap ni bukan mak nak doakan yang tak baik, tapi nak bagi Nurul hati-hati. Kan mak dah banyak kali nasihat, jangan keluar sorang-sorang, tapi mak nasihat elok-elok, Nurul tak nak dengar”. Masya ALLAH, saya hanya mampu mendengar kata-kata mak. Setitis demi setitis air mata ni mengalir. Dalam hati ini, “Ya ALLAH mcm mane aku nak terangkan dekat mak ni… Dua minggu lepas saya pergi Seremban untuk menghadiri satu program bersama adik-adik SHAMS. Sewaktu pulang dari program tersebut, memang saya sorang-sorang dari Seremban. Sahabat-sahabat lain masing-masing tak dapat pulang sekali, disebabkan ada kerja-kerja yang perlu diselesaikan. Sewaktu berada dalam train, tiba-tiba B.Pis telefon. Rupa-rupanya B.Pis nak datang UIA nak hantar duit. Tapi waktu itu saya masih lagi di Seremban. Jadi saya pun minta B.Pis jemput saya di KTM Nilai. Lebih kurang jam 6.00 petang baru saya sampai di Nilai. Dan tak berapa lama lepas tu, B.Pis sampai. B.Pis dan K.Pae terkejut sangat bila dengar saya beritahu saya sorang-sorang dari Seremban. B.Pis agak marah juga, yelah, dah senja macam tu, balik sorang-sorang. Macam-macam benda boleh jadi. Bila mak abah tau je perkara tu, setiap kali mak abah telefon, mesti akan bagi pesanan terakhir sebelum letak telefon,” ingat, jangan keluar sorang-sorang lagi”.

“Mak teruskan lagi kata-kata.” Sejak B.Pis cerita dekat mak hari tu, mak tak senang duduk, asyik fikirkan Nurul je. Mak abah risau, Nurul tau tak? Dua tiga hari ni mak tak dapat tidur fikirkan benda ni. Nurul senang hati je keluar sana sini”. Ya ALLAH, mak… Kenapa mak fikir macam ni? Saya mencelah, ” Ya ALLAH, mak.. Nurul pergi Seremban bukan suka-suka, mak. Nurul turun sekolah, tolong adik-adik SHAMS. Mak tak percayakan Nurul lagi ke? Nurul buat benda baik mak, bukan buat benda bukan-bukan”. Saya dah tak mampu nak teruskan lagi kata-kata. Air mata ni mencurah-curah turun.

Hati saya ni bertambah serba salah bila dengar tangisan seorang ibu, walaupun tak nampak di mata, tapi dengar tangisan je dah cukup membuatkan saya rasa berdosa pada dua insan yang saya sayangi ni. Mak sambung lagi.”Mak tau Nurul pergi buat kerja untuk Islam. Mak bukan marah buat kerja tu, tapi sorang-sorang tu yang mak tak bagi. Bahaya, Nurul… Tapi kalau Nurul degil juga, buat lagi lepas ni, kalau jadi apa-apa, mak tak nak tanggung. Tolongla Nurul, dengar cakap mak abah sementara mak abah masih hidup ni. Mak abah sayang Nurul, sebab tu mak pesan ni. Nurul tau tak dalam ramai-ramai anak yang mak ada ni, mak anggap Nurul anak yang paling baik. Banyak kongsi ilmu dengan mak abah, adik beradik lain. Kalau andai kata jadi benda yang tak baik dekat Nurul, mana lagi anak yang mak nak harapkan? Ya Allah, tersentuh hati saya mendengar pengakuan mak. Saya sedar sekarang, apa yang mak cakapkan dari awal tadi, bukanlah membuta tuli tanpa sebab tapi kerana sayang. Memang setiap apa yang mak katakan tadi membuatkan hati saya sedih sangat, sampai saya rasa dah hilang semangat untuk teruskan kerja-kerja Islam macam apa yang saya lakukan sebelum ini. Saya rasa saya hilang segala semangat dan kekuatan yang pernah ALLAH pinjamkan sebelum ini. Ya ALLAH, bantulah hambamu yang hina dan lemah ini, ya ALLAH….

Secara jujur saya katakan, selama mana saya hidup di dunia ini, inilah pengakuan tulus yang saya terima dari seorang insan bergelar mak. Mak, terima kasih mak…. Walau macam mana sekalipun, masih ada sesuatu yang masih terbuku dalam hati ni. Bukan perasaan marah atau kecil hati, tapi masih tersimpan lagi hasrat untuk menerangkan segala-galanya yang mak dan abah masih tidak faham tentang apa yang saya lakukan sekarang. Bagi saya ini amat penting, kerana selagi mana mak dan abah tidak jelas dengan tanggungjawab yang dipikul oleh anak bongsu mereka ini, selagi itulah saya akan berhadapan dengan masalah untuk keluar rumah, keluar dengan tujuan yang satu, untuk membantu agama ALLAH, insyaALLAH. Di sini saya tidak menafikan bahawa sebagai seorang anak, walaupun dalam menggerakkan gerak kerja Islam, ibu bapa memang ada hak untuk mengetahui setiap perlakuan anak-anak mereka. Saya juga tidak pernah menafikan hak mak dan abah untuk tahu apa yang saya buat. Cuma mungkin dengan apa yang telah terjadi ini, memberi saya pengajaran yang amat bermakna supaya beri keutamaan yang seimbang terhadap keluarga dan tanggungjawab yang telah diamanahkan.

Teringat saya kata-kata Akh Syahir sewaktu meeting di SHAMS,” Kalau kita perlu laksanakan dua kerja dalam satu masa, pilihlah kerja yang andai kata ditakdirkan ALLAH kita mati waktu buat kerja tu, kita akan syahid di jalan ALLAH”. Dan alhamdulillah, kata-kata itulah yang menjadi prinsip hidup saya dalam menjalankan kerja da’wah ini. Teringat juga kata-kata Akh Syahir ketika berusroh di SHAMS dulu, “Ana tak ada kereta nak bergerak ke sana ke sini untuk buat kerja ni, ana ada motor je. Tapi ana niatkan setiap kali ana pulas handle motor ni semuanya kerana ALLAH. Semoga ALLAH terima apa yang ana kerjakan ni”. MasyaALLAH, tingginya tadhiyah Akh Syahir. Mampukah saya juga tanamkan semangat yang begitu tinggi dalam diri ini, ya ALLAH??? Tapi, sejak dari hari tu, setiap apa jua yang saya lakukan, saya hanya berserah pada ALLAH. Apa yang ALLAH nak takdirkan untuk saya, saya redha. Sebab itulah kalau saya keluar sorang-sorang pun, saya cuba untuk buang perasaan takut. Bukan bermakna saya tak berhati-hati,  tak jaga diri dengan baik. Tapi, selebihnya saya hanya tawakkal pada ALLAH, untuk menentukan yang terbaik untuk diri hamba-Nya ini.

Kepada mak dan abah….Terima kasih yang tak terhingga kerana mendidik anakmu ini sehingga berjaya sampai ke hari ini. Syukur ke hadrat ALLAH juga kerana mak dan abah telah mendidik kami dengan didikan agama yang sempurna. Walaubagaimanapun, Nurul mohon ampun dan maaf atas segala tingkah laku Nurul yang membuatkan mak abah tak senang hati, terguris, terluka dan sebagainya. Nurul akui, Nurul belum mampu jadi anak yang terbaik untuk mak dan abah. Tapi apa yang Nurul buat sekarang ni, hanyalah satu niat Nurul, supaya mak dan abah juga dapat merasai manfaatnya dunia dan akhirat. Mak, abah… Doakan anakmu ini menjadi anak yang solehah dan mujahidah fiddin….

“Ya ALLAH, sesungguhnya hamba-Mu ini sering lalai dan leka. Engkau ingatkanlah daku dengan peringatan-peringatan yang baik, agar hamba-Mu ini dapat memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan demi menjadi seorang insan bergelar mu’min yang sejati….”

Komen (5) »

EPISOD 4~::Kemanisan Berusroh::~

“Wahai orang-orang yang beriman! Barang siapa di antara kamu yang murtad (keluar) dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum, Dia mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya, dan bersikap lemah lembut terhadap orang-orang yang beriman, tetapi bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah kurnia Allah yang diberikan-Nya kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Mahaluas (pemberian-Nya), Maha Mengetahui.” (Surah Al-Maidah : 54)

Kem Latihan Nuqaba’ (KLANA) adalah program tahunan yang akan dikelolakan oleh pihak Alumni BADAR SMKA SHAMS. Dan alhamdulillah, pada tahun ini program ini telah berjaya diadakan lagi sekali. Bemula 6 hingga 8 februari yang lepas, kami dari pihak alumni bersama-sama turun padang untuk membantu adik-adik nuqaba’ dan naqibat. MasyaALLAH, alangkah tenangnya hati kami apabila melihat wajah-wajah penyambung warisan yang ditinggalkan oleh Rasulullah S.A.W. Muka yang penuh dengan harapan dan cita-cita untuk mengembalikan sinar kegemilangan SHAMS suatu ketika dahulu. Tidak dinafikan, masih banyak masalah yang berlaku di SHAMS yang kadang kala membuatkan ustaz dan ustazah pening memikirkan jalan penyelesaian yang terbaik untuk keluar dari tampuk masalah tersebut. Jadi, wahai nuqaba’ yang dikasihi sekalian, tunaikanlah tanggungjawab yang telah ditaklifkan ini sebaik yang mungkin. Ingatlah, tunaikanlah tugas kalian seikhlas yang mungkin kerana Allah akan menilai setiap apa yang kalian lakukan bukan apakah hasil yang kalian perolehi.

Teramatlah manis tatkala teringat zaman saya dan sahabat-sahabat seperjuangan lain menyertai program yang sama. Terdetik di hati, ” Cepatnya masa berlalu. Dulu aku yang duduk di tempat adik-adik duduk sekarang, tapi sekarang aku yang berdiri untuk berkongsi ilmu bersama mereka.” Indahnya aturan ALLAH…

Pertama sekali elemen yang sangat penting untuk menjadi seorang naqib atau naqibah ialah, individu tyersebut perlu faham apakah tanggungjawab mereka dalam usroh itu sendiri. Bukan sekadar berbangga dengan title ‘naqib’ atau ‘naqibah’ yang dipegang, tetapi perlu faham apakah sebenarnya yang kita perlu lakukan. Saya sendiri akui bahawa melakukan tugas tarbiyah ini bukanlah satu perkara yang mudah. Kita perlu bersedia dari segi mental dan fizikal.

Ingin saya kongsikan kata-kata Akh Syahir dalam ceramah yang disampaikan sewaktu program tersebut, “Untuk menjadi seorang naqib yang berjaya, kita perlu melakar startegi iaitu bersedia dari segi mental dan fizikal, spiritual, dan emosi. Seorang naqib juga perlu membuat rujukan dan cari kaedah yang terbaik dan berkesan dalam melaksanakan usroh, contohnya belanja makan, dudk bediskusi bersama dan banyak lagi. Sentiasa follow up ahli usroh dan yang paling penting untuk menarik minat ahli usroh, seorang naqib perlu mempelbagaikan method usroh.” Agak geli hati juga ketika menonton sketsa yang sempat dirakamkan oleh fasilitator muslimin (Akh Syahir,akh Luqman, akh Taufiq dan sahabat ana sendiri, Abdul Rahman). Tetapi dalam pada gelak-gelak melihat telatah ahli-ahli usroh yang pelbagai itu, terselit input-inputyang bermanfaat yang boleh diambil oleh semua yang menonton sketsa tersebut. Mahu tidak mahu, memang itulah realiti yang terjadi di luar. Rata-rata ramai yang menganggap usroh ini satu perkara yang membosankan. Mereka meletakkan satu persepsi negatif bahawa usroh ini adalah satu sesi untuk duduk dalam halaqah (bulatan), buka buku syllabus, dan naqib sahaja yang boleh bersuara.Teringat kata-kata seorang ahli usroh saya sewaktu program tersebut, “Diaorang ni lagi suka kalau tak ada usroh. Yelah, dengar je kalau ada announcement bagitau usroh batal, punyalah ramai bersorak.” Serentak semua ahli usroh saya yang lain ketawa sambil mengiakan apa yang Jannah katakan. Tapi memang itulah hakikatnya. Jadi, bangkitlah wahai nuqaba’, ubah mentaliti negatif  mereka!

Para nuqaba’ yang dirahmati ALLAH, sedarlah usroh itu sebenarnya bermula dengan tasbih kafarah dan surah Al-Asr dan berakhir dengan surah Al- Fatihah. Ini bermakna usroh itu bukanlah satu perkara yang formal. Usroh boleh dilakukan dengan makan-makan, borak-borak (yang bermanfaat ye, bukan yang lagha ;) ) dan boleh juga dipelbagaikan mengikut kreativiti naqib itu sendiri. Nak dipendekkan cerita, untuk menimbulkan minat seseorang ahli usroh pada usroh yang kita bawa, adalah bermula pada diri kita sendiri. Kita perlu kerja keras sedikit untuk mencari bahan-bahan yang menarik untuk dikongsi bersama  ataupun memerlukan kita untuk mengeluarkan sedikit perbelanjaan untuk belanja ahli usroh kita. Anggaplah itu hanyalah satu pengorbanan yang teramat kecil dalam menjayakan proses tarbiyah ini. Satu TIPS yang mungkin boleh diguna pakai oleh nuqaba’ semua, apabila kita belanja ahli usroh kita makan, titipkanlah doa-doa yang dapat mengikat hati kita bersamanya. InsyaALLAH, kita akan dapat rasakan satu  ruh ukhuwah yang sangat luar biasa! Selamat mencuba!!!

Ingin saya kongsikan bahawa hanya KEMANISAN yang kami rasai semasa berada dalam usroh yang dipimpin oleh K.Saadah. Sahabat-sahabat seusroh yang sangat dirindui, (Fatin, Aida, Najibah, Najihah, Aminah, Faezah, Liyana, ‘Afifah dan Sarah). Mungkin itulah yang K.Saadah lakukan. Walaupun usroh kami hanya di foodcourt, Jusco, tapi kami merasakan satu ruh ukhuwah yang sangat luar biasa. Kadangkala, bila lama kami tidak berusroh, masing-masing akan mesej untuk menetapkan tarikh usroh yang sesuai, memandangkan kami semua sudah berada di IPT. Bagi saya sendiri, inilah usroh yang saya rasa berjaya sehingga ke hari ini. Suka dan duka kami kongsi bersama. Rahsia juga kami kongsi bersama. Kerana itulah perasaan percaya satu sama lain sangat penting kerana apabila lahir perasaan itu, barulah lahirnya sebuah keluarga yang bahagia.

Apa yang saya katakan ini bukanlah nak menunjukkan bahawa usroh saya berjaya seperti apa yang saya ceritakan di atas, tapi jauh di sudut hati saya, ingin melihat bahawa usroh ini menjadi satu wadah tarbiyah  yang terbaik untuk semua pelajar terutamanya di sekolah-sekolah. Dengan usrohlah pelajar-pelajar dapat berkongsi ilmu dan maklumat yang sudah tentunya bermanfaat. Tambahan lagi, usroh juga adalah satu medan untuk kita memperbaiki kelemahan diri kita yang kadang kala kita tidak sedar akan kesalahan yang kita buat tetapi dengan adanya sahabat-sahabat seusroh yang mempunyai rasa kasih dan sayang pada kita, secara tidak langsung mereka akan menasihati kita ke arah kebaikan.

Di sini juga saya sesekali tidak mengenepikan prioriti ‘usroh darah daging’ iaitu keluarga sendiri kerana untuk melahirkan usroh luaran yang mantap, mahabbah yang kukuh perlu dibina dalam kalangan ahli keluarga yang terdekat dahulu. Saya amat yakin dan percaya bahawa pembaca semua mengimpikan sebuah baitul muslim yang bahagia bukan? Cuba kita bayangkan kita mempunyai sebuah baitul muslim yang disuntik dengan fikrah Islam, sudah tentu kita akan hidup dalam biah Islam yang syumul. Dan insyaAllah, dengan izin-Nya dapat kita didik generasi-generasi penyambung wasilah yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W dengan didikan yang sempurna. Dengan cara ini, dapat memudahkan dan melancarkan lagi proses tarbiyah. Hendak atau tidak proses tarbiyah itu perlu mengikut tahap-tahap yang telah digariskan iaitu hendaklah bermula dengan fardhul muslim, kemudian bina pula baitul muslim, setelah itu barulah mudah untuk kita bina mujtama’ muslim. Dengan adanya masyarakat yang berfikrah Islam yang sebenar, akan mudahlah proses untuk mewujudkan sebuah daulah Islam. Dan akhirnya, matlamat yang ingin kita tuju bersama, iaitu khilafah Islamiah. Andai tercicir salah satu daripadanya, maka tidak akan sampailah kita pada matlamat yang kita ingini tadi.

Kepada adik-adik usroh yang disayangi dan dirindui, doa akak hanyalah satu. Semoga adik-adik sentiasa berada di bawah lindungan ALLAH sentiasa, dan diberikan kudrat serta kekuatan untuk meneruskan perjuangan yang mulia ini. Kepada Fatin, akak bangga dengan ruhuljadid yang ada pada diri Fatin. Harapan akak semoga ruhuljadid itu sentiasa segar dalam diri Fatin. Buat Latifah, semoga tabah dan kuat menghadapi segala ujian dan mehnah dalam jalan juang ini. Buat Jannah, bantulah sahabat-sahabat lain untuk melaksanakan amanah Allah ini. Kongsikan segala apa yang Jannah dah buat dalam usroh dengan sahabat. Buat Ain, jangan jemu untuk memberi semangat dan sorongan kepada sahabat-sahabat lain. Semoga dengan semangat yang disuntik dapat memberi ruhuljadid seperti apa yang Fatin dapat dari adik-adik. Kepada Mawaddah, gunakanlah segala kelebihan yang Mawaddah ada untuk bantu kerja-kerja da’wah sahabat-sahabat seperjuangan. Buat Salina, jangan rasa down walaupun ada masalah dalam usroh Salina. Yakinlah, sahabat-sahabat lain sentiasa ada di belakang untuk beri sokongan dan semangat. Buat Syakirah, Berusahalah semaksima mungkin untuk capai apa yang Syakirah mahukan. Buatlah perubahan yang dapat melicinkan lagi usroh adik-adik semua.

“Allahumma ya muqallibal qulub thabbit qulubana ‘ala dinik wa ‘ala tho’atik….”

Semoga Allah memberkati segala apa yang kita kerjakan. Semuanya kerana ALLAH, insyaALLAH…..

Di sini saya titipkan lagu yang boleh membakar semangat kita untuk berjuang di jalan ALLAH….Hayatilah setiap bait lagu ini….Sangat bermakna dan memberi seribu suntikan semangat….

BINGKAI KEHIDUPAN

Komen (2) »

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.